Wednesday, July 15, 2009

Menguasai diri dengan mengenal apa kelemahan dan kekuatan kita

TEORI PYTHAGORAS

Apa Itu Numerologi?

Numerologi adalah satu kajian yang berkaitan dengan nombor dan simbol.Pada asasnya adalah satu kajian tentang misteri yang tersembunyi di sebalik nombor yang boleh memberi maklumat tentang peribadi seseorang,tempat dan sesuatu perkara.Ia digunakan untuk menentukan sifat seseorang,kekuatan dan kelebihan serta cabaran yang mesti dilalui.Ia juga berkaitan dengan keperluan dalaman seseorang,reaksi emosi dan cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kajian yang melibatkan Numerologi telah bermula kira-kira 10,000 tahun yang lampau dan diamalkan di zaman Egypt dan Babylon.Di zaman Cina purba,melalui kajian buku I Ching terdapat satu penemuan berkaitan dengan corak nombor dalam setiap tahap Qi.Corak nombor ini boleh menggabungkan keharmonian alam.Teori dan formula kemudiannya dikenalpasti dan di kira.Ini telah menjadi asas kepada cara menilai dan memahami persekitaran.Kira-kira 2600 tahun dahulu di Greece,Pythagoras iaitu Bapa Matematik menulis yang nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, ianya berkaitan dengan alam sekeliling dan semua konsep boleh diluahkan melalui nombor.Beliau menerangkan tentang kualiti dan hubungan setiap 9 nombor.Beliau adalah bapa kepada Numerologi Moden.

Bagaimana Numerologi Berfungsi??

Kesemua yang terdapat di alam semesta bergerak mengikut frekuensi masing-masing.

Sekiranya kita dapat tahu tahap pergerakan dan kelajuan setiap objek dialam semesta, kita boleh mengetahui kualiti dan tenaga yang terdapat didalamnya.Dengan mempraktikkan prinsip Numerologi dan menggunakan tarikh kelahiran sebagai data asas,kita boleh menentukan tahap frekuensi bagi setiap orang. Analisis Numerologi tentang pengiraan frekuensi memberi maklumat tentang sifat dan kelakuan seseorang.


>kaedah ini bukanlah untuk menilik nasib atau mengubah nasib tetapi adalah untuk memberi peluang kepada manusia mengenali parameter(daripada pengiraan) atau dengan kata lain POTENSI seseorang dan seterusnya menjadikan potensi itu lebih terurus (sama ada ikut secara lurus potensi yang telah ada dengan lebih berkesan atau berikhtiar untuk membuat jajaran atau pembetulan,pencegahan dan sebagainya).Jika anda ada sebuah padang bola dan anda tahu padang itu ada masalah rumput dan sebagainya,maka anda membuat pembaikian lebih awal.

>Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kaedah ini untuk meningkatkan POTENSI! Dengan memahami perjalanan hidup kita secara matematik tetapi menggunakan pemahaman itu untuk menjadikan perjalanan hidup anda lebih berkesan.Memahami ketetapan menjadikan kita lebih redha dan rasa kerdil dengan kebesarannya "Begitulah kebesaran Allah dengan kebesarannya yang telah menganugerahkan akal fikiran kepada kita tanpa menyulitkan kehidupan manusia.Tapi kita janganlah alpa dan lalai untuk melakukan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.